Ted Blogger Template

Tasik Hakkone


Pagi di Tasik Hakkone
Ricik air memaut sepi ku tanpa jawapan
Angin selatan meluncur lewat malam
Betapa menyenangkan

Kembali ku dengar suara mu yang lelah di puncak
Ku susuri jalan di tebing tasik ini
Melihat fujisan memutih
Di dalam gumpalan awan
Ketika itu
aku ingin sekali hujan rintik rintik
turun di lorong sepi ku
biar tiada siapa lewat di sini
kerana aku ingin sendiri
merasa sepi seperti Tasik Hakkone
di waktu pagi

Ku lihat keluar hutan yang tegang
Ketul ketul salji jatuh di pinggir hutan
Beberapa ekor musang berlari dalam kelam
Di kejauhan kabut menyingsir
Malam yang panjang

Ku dengar suara mu
Dalam risik angin bergetaran
Gerimis mulai mengalir di pipi
Sembilu rindu menikam sepi ku
Mengisi kenangan musim dingin yang hening…

Eiremer Odandl
Previous Post Next Post

ads

Magspot Blogger Template

ads

Magspot Blogger Template
Magspot Blogger Template

نموذج الاتصال